Tempatan

Mudahkan Urusan Permohonan Sijil Halal Peniaga Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

SHAH ALAM, 22 Ogos 2022 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar menyeru pihak yang terbabit dalam pensijilan halal supaya mempermudah proses serta peraturan mendapatkan sijil tersebut khususnya bagi usahawan beragama Islam.

Selepas sesi dialog bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Selangor, beliau berkata bahawa perkara tersebut bukan sahaja penting untuk mendapatkan sijil halal, malah ia turut membantu para usahawan kembali bangkit dalam memajukan perniagaan masing-masing.

“Sebagai menteri menjaga (hal ehwal) usahawan, saya berharap supaya proses sijil halal ini dipermudahkan kerana yang memohon adalah peniaga Melayu dan beragama Islam.”

Tambahnya, “Adalah mustahil mereka mahu menjual barangan yang tidak halal. Saya sendiri sudah bangkitkan isu ini di peringkat Kabinet, namun masalah sama masih timbul.”

Mengulas lanjut, beliau mengatakan, isu berkenaan sering dikemukakan oleh para peniaga malah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sendiri telah menubuhkan unit khas bagi membantu usahawan memperoleh sijil halal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: