Tempatan

Duit KWAN Beli Vaksin, Negara Tiada Simpanan Masa Hadapan – Pakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Mei 2022 – Nungsari A. Radhi, pakar ekonomi, menjelaskan bahawa duit Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) telah dikeluarkan untuk membeli vaksin, sekaligus menjejaskan simpanan negara untuk masa akan datang.

“Duit KWAN pun dikeluarkan pasal tak ada duit nak beli vaksin. Kita berbelanja tanpa menyimpan untuk generasi akan datang apabila minyak sudah habis,” jelasnya dalam sebuah ciapan.

Terdahulu, kerajaan telah meluluskan perbelanjaan sebanyak RM 5 bilion daripada simpanan KWAN di mana RM 3 bilion digunakan bagi tujuan perolehan vaksin dan baki RM 2 bilion digunakan bagi tujuan pelaksanaan program vaksinasi.

Jelas Nungsari lagi, hasil kewangan Petronas sepatutnya disumbangkan kepada KWAN bagi tujuan kegunaan masa hadapan, tetapi perkembangan sektor selain sektor sumber minyak adalah perlahan, sekaligus mengakibatkan kerajaan sentiasa bergantung kepada hasil minyak.

“Kerajaan asyik bergantung kepada Petronas dan sumber minyak kerana sektor lain tidak berkembang/menyumbang kepada hasil kerajaan.”

Jelasnya lagi, kegagalan ini berpunca daripada kebergantungan terhadap industri sumber minyak tanpa mempunyai pelan pengembangan sektor-sektor lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: