Antarabangsa

Norway Bina Terowong Terpanjang Di Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

OSLO, 26 April 2023 – Norway membina sebuah terowong terpanjang dunia khas untuk pejalan kaki dan aktiviti berbasikal.

Terowong dikenali sebagai Fyllingsdalstunnelen dibina sepanjang tiga kilometer (km) melalui tapak gunung Løvstakken di bandar Bergen yang dikelilingi oleh tujuh gunung.

BACA JUGA : Cuaca Panas Boleh Mengundang Kematian

BACA JUGA : Cuaca Panas Kering Dan Kemungkinan Jerebu, Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Johor Diaktifkan

BACA JUGA : MP DAP Desak Gugurkan Siasatan Dalam Kes Cubaan Bunuh Diri

Pembinaan terowong itu mengambil masa selama empat tahun yang bermula pada Februari 2019, dengan kos hampir AS$29 juta (RM128.5 juta) yang dibiayai oleh kerajaan.

“Biasanya warga Norway gemar bersederhana namun dalam hal ini, kami mampu menyatakan terowong itu 100 peratus canggih,” kata jurucakap syarikat kereta api Bybanen Utbygging, Camilla Einarsen Heggernes.

Terowong itu mempunyai dua lorong terdiri daripada laluan untuk basikal dan pejalan kaki yang masing-masing selebar 3.5 meter dan 2.5 meter

Perjalanan melalui terowong berkenaan pula mengambil masa kurang daripada 10 minit dengan berbasikal dan kira-kira 40 minit sekiranya berjalan kaki.

Pada bahagian tengah dalam terowong itu, sebuah `jam matahari’ dipasang bagi membantu pengunjung menyesuaikan diri selain memisahkan barisan yang panjang.

Terowong itu kini dibuka secara rasmi kepada pengunjung sejak 15 April lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: