Tempatan

Subsidi Buat Golongan ‘Kayangan’ Tidak Munasabah Diteruskan – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 12 Jun 2023 – Sekurang-kurangnya 40 peratus daripada peruntukan subsidi kerajaan sampai kepada golongan ‘kayangan’ dan ia tidak munasabah untuk diteruskan, kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau, langkah penjimatan akan dilakukan menerusi tindakan merasionalisasi subsidi di samping kerajaan akan tetap dengan pendirian untuk tidak mengurangkan subsidi bagi golongan bawahan.

BACA JUGA: Stadium Shah Alam Akan Diroboh Oktober Ini

BACA JUGA: Dijangka Sehingga Julai, Orang Ramai Dinasihat Bersiap-Siaga Hadapi El Nino

BACA JUGA: JAKIM Sangkal Dakwaan Sijil Halal Mahal, Hanya RM200

“Subsidi Tabung Haji dan elektrik selama ini dimanfaatkan golongan kaya tidak munasabah diteruskan, jadi prinsip ini akan tetap diguna pakai dalam perbincangan soal pengurangan subsidi diesel dan lain-lain,” jelas beliau dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini.

Februari lalu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan bahawa tiada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mahupun cukai lain yang akan diperkenalkan sebaliknya subsidi melibatkan golongan ‘kayangan’ akan dikurangkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: