Tempatan

Kecurian Nadir Bumi, Kertas Siasatan Sudah Siap

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Februari 2023 – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) memaklumkan bahawa kertas siasatan berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di kawasan Bukit Enggang, Sik, Kedah, sudah disiapkan.

“Kertas siasatan sudah diserahkan kepada Penasihat Undang-Undang Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) untuk arahan lanjut.”

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye-Syria: 20 Banduan Berjaya Lolos

BACA JUGA: Khitan Cara Islam Selamat, Tidak Jejas Hal Hawa – Mufti Pulau Pinang

BACA JUGA: Perkampungan Haram PATI Di Nilai, MB Terkejut

Kertas siasatan itu dibuat untuk diambil tindakan di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994, selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan di tapak kecurian REE terbabit bagi mengenal pasti lokasi, kaedah perlombongan dan bukti kecurian lapangan.

Menurut laporan, kertas siasatan berkenaan ada kaitan dengan pendedahan media pada Oktober lalu berkaitan kecurian REE di tapak berkenaan membabitkan pihak tertentu dan dijual di pasaran haram antarabangsa.

Turut didedahkan bahawa kegiatan mengorek REE secara tidak sah di kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik itu didakwa aktif semula ketika ini membabitkan kumpulan warga asing yang berselindung menggunakan kebenaran Kerajaan Negeri kepada syarikat usaha sama tempatan dan luar negara.

Aktiviti penerokaan sumber mineral adalah terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri dan permohonan untuk menjalankan aktiviti itu adalah diputuskan pihak terbabit, manakala NRECC dan JMG tidak terbabit dalam membuat sebarang keputusan bagi permohonan berkenaan, jelas jabatan berkenaan.

Justeru, JMG menyeru semua pihak berkuasa negeri supaya menjalankan pemantauan yang berterusan terhadap sumber mineral supaya tidak berlaku kecurian dan penerokaan haram.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: