Tempatan

Pilihan Tutup Aurat Pramugari: Respons Syed Saddiq Mengecewakan – Profesor Rafidah Hanim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2021 – Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meluahkan kekecewaan beliau selepas membaca respons daripada Syed Saddiq dalam isu hak pramugari untuk bertudung.

“Saya kecewa melihat Syed Saddiq, graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam menepis isu terkait hak dan pakaian wanita Islam.”

Menyertakan tangkap layar respons pengasas bersama parti MUDA itu beserta laporan The Star dalam Facebooknya, Prof Rafidah menegaskan bahawa laporan the Star untuk soalan yang dibangkitkan MP Kuala Krai adalah berniat jahat.

“Saya tak tahu di mana perkataan “too revealing” itu ditafsir dari video tersebut? Ia sengaja dilakukan untuk memberi tafsiran buruk kepada pertanyaan MP tersebut.”

“Saya dah dengar sendiri MP Kuala Krai. Beliau menyebut tentang HAK PRAMUGARI yang ingin bertudung ketika bekerja dan bertanyakan OPTIONS atau pilihan yang ada buat mereka, kerana ada pramugari yang bertudung ketika tidak bertugas, tetapi terpaksa membuka tudung ketika di udara.”

Tambah beliau, WAFIQ sendiri ada menerima aduan daripada staff, tetapi kerana takutkan majikan, mereka tidak berani bersuara.

“Maka di Parlimen lah isu tersebut diutarakan, supaya majikan penuhi hak beragama pekerja,” tegas Prof Rafidah.

Ujar beliau lagi, “Syed Saddiq dan MUDA tidak matang, apabila sejak dulu menggunakan kaedah Whataboutism (kenapa tak isu B,C,D dll) sedangkan isu A yang dibicarakan mempunyai merit sendiri.”

Syed Saddiq dalam Twitternya dilihat menempelak pertanyaan daripada MP Kuala Krai mengenai hak pramugari untuk bertudung semasa bekerja.

Bagi Syed Saddiq, Ahli Parlimen tersebut tidak sepatutnya memberi focus kepada isu tudung tetapi sebaliknya fokus kepada isu-isu sebenar seperti kenaikan harga makanan, rumah mampu-milik untuk warganegara Malaysia, gaji pokok minimum, kebajikan pelajar dan isu-isu lain.

This again??? How many times has this been raised in Parliament? Focus on the real issue lah.The food price hike, affordable housing for Malaysians, minimum wage, students welfare, over 21,326 students dropping out of school, etc etc. BUT NOT THIS. 🙄🙄

1-1.png?resize=496%2C326&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: