Tempatan

Naikkan Harga Siling Ayam, Solusi Syarikat Peladang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 23 Mei 2022 – Menaikkan harga siling ayam kepada RM9.90 adalah solusi yang dipinta oleh syarikat-syarikat peladang ketika ini bagi mengatasi masalah bekalan ayam yang kian meruncing.

“Harga siling ketika ini iaitu RM8.90 sekilogram dianggap tidak lagi relevan susulan peningkatan kos operasi termasuk harga dedak ayam,” kata sumber dalaman industri.

Katanya, syarikat-syarikat peladang kini berkomplot menutup ladang mereka sebagai cubaan pertama kumpulan ‘tangan hitam’ itu bagi menggesa pihak berkuasa meningkatkan harga siling supaya selari dengan peningkatan kos penternak.

“Tetapi apa yang saya perasan, mungkin RM9.90 itu adalah permulaan. Kumpulan itu akan masih kekalkan cara catuan ayam maknanya mereka beri pada pembekal masih kurang sebab harga sebenar perlu capai hampir RM12 untuk satu kilogram,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Namun katanya, kumpulan itu akan mula beroperasi semula esok seperti biasa bagi melihat reaksi kerajaan, tetapi bekalan ayam masih dicatu sehingga pihak berkuasa menuruti permintaan mereka.

“Mereka nak tengok bagaimana keadaan dan reaksi kerajaan. Macam yang saya dengar, mereka minta harga kawalan itu dinaikkan sehingga RM9.90. Jadi kalau kerajaan setuju mungkin pasaran tidak mengalami masalah terputus bekalan seperti hari ini.”

Ketika ini, bekalan ayam di seluruh negara terus meruncing apabila beberapa negeri seperti Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor telah terputus bekalan ekoran tindakan penutupan ladang.

Di Pasar Chow Kit juga mengalami masalah yang sama menyebabkan rata-rata peniaga ayam menutup operasi gerai lebih awal pada sebelah pagi berbanding pukul 2 petang sebelum ini.

Terbaharu, beberapa kilang pemprosesan ayam di Terengganu turut mengeluarkan notis penutupan kilang selama dua hari mulai hari ini.

Tambahnya lagi, stategi yang sama mungkin akan digunapakai oleh industri ternakan lain untuk meraih keuntungan.

“Jangkaan saya selepas ini, ternakan ruminan, telur dan beras menggunakan taktik yang sama seperti penternak-penternak ayam ini. Jika dilihat sekarang pun masing-masing mengalami peningkatan kos tetapi produk mereka dijual dibawah harga standard,” ujarnya.

Sebelum ini, terdapat sekumpulan kartel industri ternakan ayam didakwa merancang menutup ladang ternakan selama dua hari sebagai protes terhadap kerajaan kerana lambat melakukan pembayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen.

Namun berita protes itu telah dinafikan, sebaliknya masalah pertumbuhan ayam yang lambat telah dijadikan alasan mengapa bekalan ayam tidak mencukupi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: