Antarabangsa

Cuaca Ekstrem Renggut 2 Juta Nyawa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 24 Mei 2023 – Cuaca ekstrem dunia telah merenggut sekurang-kurangnya dua juta nyawa dan kerugian sebanyak $4.3 trilion (RM19.6 trilion), lapor Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO).

Menurut laporan itu, fenomena cuaca ekstrem sudah mencetuskan 11,778 bencana dalam tempoh 51 tahun, antaranya banjir, ribut dan kebakaran hutan sejak tahun 1970.

BACA JUGA: Anjur Pesta Seks, Jabatan Agama Islam Johor Diarah Ambil Tindakan Segera

BACA JUGA: MP Cadang Golongan LGBT Masuk Kumpulan Sakit Mental

BACA JUGA: Isu Kalimah Allah: Kerajaan Tak Patut Campur Tangan, Biarkan Kepada Perundangan – Takiyuddin

Malah, laporan itu menunjukkan lebih 90 peratus kes kematian yang dilaporkan berlaku di negara-negara membangun.

Bagaimanapun, angka kematian menurun secara mendadak sejak 1990, hasil penambahbaikan sistem amaran awal dan pengurusan bencana.

Terkini, WMO mendedahkan penemuan baharu untuk Kongres Meteorologi Dunia empat tahunan, mengenai peningkatan kelajuan tindakan untuk memastikan perkhidmatan amaran awal sampai kepada semua orang seluruh dunia menjelang akhir 2027.

“Inisiatif Amaran Awal untuk Semua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah salah satu keutamaan strategik utama yang akan disahkan oleh Kongres Meteorologi Dunia, badan pembuat keputusan tertinggi WMO,” katanya dalam laporan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: