Tempatan

Khuatir Projek Penanaman Balak Ganggu Biosfera Tasik Chini, NGO Lapor UNESCO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Jun 2023 – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Rimba Watch menghantar surat kepada UNESCO untuk melaporkan rancangan aktiviti pembangunan ladang hutan di Tasik Chini.

Rimba Watch percaya rancangan itu akan membahayakan rizab biosfera tasik itu yang merupakan sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia UNESCO iaitu tapak untuk pemuliharaan biodiversiti.

BACA JUGA: AMARAN! 11 Kawasan Rekod Status Cuaca Lebih 35°C

BACA JUGA: HSP 3.0: Majikan Diseru Galakkan Pekerja Buat Saringan Kesihatan Percuma Di Hospital Kerajaan

BACA JUGA: Gelombang Haba, Lebih 5 Juta Carian Penyaman Udara Secara Atas Talian

Dalam surat kepada UNESCO bertarikh 31 Mei, Rimba Watch berkata wujud dokumen yang menyatakan bahawa sebahagian daripada Hutan Simpan Chini akan ditukar menjadi ladang hutan monokultur.

Dokumen itu adalah surat daripada perunding penilaian kesan alam sekitar Eco Synergy Solutions Sdn Bhd kepada komuniti orang asli di kawasan itu yang menjemput masyarakat untuk maklum balas mengenai rancangan untuk ladang itu.

Menurut Rimba Watch, kawasan yang dicadangkan untuk penukaran adalah di sempadan Rizab Biosfera UNESCO dalam Rancangan Kawasan Khas Tasik Chini, yang terdiri daripada Zon Teras Tasik Chini, Zon Penampan dan Zon Peralihan.

“Selanjutnya, di bawah draf pindaan kepada Rancangan Kawasan Khas Tasik Chini, projek yang dicadangkan adalah terus dalam kawasan yang dijangka menjadi Zon Pinggiran Biosfera 1 dan 2,” kata Pengarah Rimba Watch, Adam Farhan.

Dalam surat tersebut turut menyatakan Jabatan Perhutanan Pahang menafikan projek perladangan hutan itu akan menjejaskan zon teras atau penampan, dan akan keluar dari rizab biosfera.

Rimba Watch turut mendakwa, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak menganggap penukaran hutan simpan kepada ladang monokultur sebagai penebangan hutan.

Oleh itu, ia menggesa UNESCO untuk mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan mengenai komitmennya untuk melindungi dan menambah baik rizab biosfera daripada kemerosotan selanjutnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: