Tempatan

Waktu Selfie, Menyanyi & Menari PMX Sudah Tamat, Selesaikan Isu-Isu Negara Dengan Segera! – SUA PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2023 – “Waktu untuk beliau berdansa dan berselfie, semua tu dah cukup. Banyak isu sekarang ini. Jadi, sudah-sudahlah. Sekarang ini kita nak tengok apa yang dijanji selama ini kepada rakyat; bukan isu ini sahaja, banyak isu lain. Maka, deliver. Waktu untuk kotakan janji,” tegas Setiausaha Agung Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mohd Aswanizam Alias, dalam satu sesi sidang media PEMBELA Selasa lalu.

Menurutnya, terlalu banyak isu berlaku dalam negara yang menyebabkan rakyat berasa tertekan. Isu ini memerlukan perhatian serius dan segera dari Perdana Menteri Kesepuluh (PMX) dan kepimpinan negara.

Luka rakyat bertambah pula dengan isu penarikan balik rayuan kes kalimah Allah. Dalam sidang media tersebut, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menuntut enam tindakan dilakukan dalam isu penarikan balik rayuan kes kalimah Allah oleh pihak-pihak yang terlibat.

“Yang pertama sekali, kita minta pihak KDN, Menteri Dalam Negeri bagi penjelasan, kenapa dibuat begitu, atas alasan apa buat perkara ini, justifikasi. Dia tak boleh buat sesuka hati tanpa merujuk, tanpa melibatkan sesi libat urus dengan stakeholders. Jadi ia perlu diberi justifikasi. Kalau tak ada justifikasi macam mana kita nak bertenang ni kan,” kata Mohd Aswanizam Alias, mewakili NGO itu.

Nombor dua, kalau masih ada ruang untuk ditarik balik, tarik balik. Itu definite. Tidak ada yang dua daripada tu. Tarik balik, tegasnya.

Beliau kemudiannya memberi amaran, “Nombor tiga, kita mahu, jika tak tarik balik ni, maka NGO seperti PEMBELA ni, kita akan bergerak. Kita akan bergerak ke depan. Dia perlu ingat, apa yang dia lihat pada hari ini, permulaan ini, pada sesi sidang media ini, ia sama seperti yang berlaku pada isu Statut Rom dan ICERD. Ia bermula seperti ini. Gelombang itu akan besar. Daripada kecil, ia akan jadi besar, besar, dan ia akan pergi sampai kita pastikan perkara yang sepatutnya ditegakkan, ditegakkan!”

Seterusnya, “Nombor empat. Kita minta supaya Majlis-Majlis Agama Islam sendiri, yang merupakan stakeholders terbesar, keluarkanlah kenyataan.”

Tuntutan kelima, beliau menjunjung ampun memohon sembah perkenan Kebawah Duli Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-Raja, untuk menitahkan kenyataan berkenaan isu ini.

“Majlis Raja-Raja, sebagai Ketua Agama bagi setiap Negeri dan Ketua Agama bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan perlu keluarkan kenyataan tegas mengenai perkara ini. Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku bersumpah atas nama Allah memegang jawatan. Jadi perkara ini perlu diingatkan.”

PEMBELA merayu supaya Majlis Raja-Raja menitahkan kenyataan. Menurutnya, jika isu dobi Muslim di Johor dulu pun Majlis Raja-Raja boleh keluarkan kenyataan, kenapa isu sebesar ini tidak ada kenyataan yang keluar?

Katanya lagi, jika tidak ada jalan lain selain daripada kempen penerangan, pihaknya akan menyatukan NGO-NGO Islam, parti-parti politik yang ingin bersama, untuk mereka pastikan isu ini diselesaikan dengan cara yang baik. Selepas itu mungkin semakan kehakiman dan sebagainya.

Timeline bergantung kepada respons Menteri Dalam Negeri dan PMX. Kalau PMX kayuh basikal dia laju sikit, maka isu ini akan selesai dengan cepat. Kalau kata betul-betul dia concern, Kerajaan ini Kerajaan Madani, maka beliau harus bertindak segera menasihati KDN, menasihati Menteri Dalam Negeri, bahawa beliau ada kuasa. Kuasa ni di tangan beliau sekarang ini. Terpulang kepada beliaulah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: