Tempatan

Bahasa Tambahan: Prioriti Perlulah Betul, PMX Digesa Gerakkan Inisiatif Perkasa Bahasa Kebangsaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2023 – “Dalam keadaan ramai rakyat Malaysia tidak fasih berbahasa kebangsaan, kini Kerajaan mahu gerakkan inisiatif belajar bahasa tambahan pula. Bukan tidak bagus belajar bahasa baharu tetapi prioriti perlulah betul, jangan populis.”

Tempelak Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Haji Aminuddin Yahaya berhubung kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesyorkan pelajar menguasai bahasa Tamil.

Tegas beliau, sepatutnya PMX menggerakkan inisiatif penguatkuasaan lebih agresif dan berstrategi terhadap pembelajaran Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan, lebih-lebih lagi di sekolah-sekolah vernakular.

BACA JUGA: Polis Cari Saksi Kemalangan Maut

BACA JUGA: Selaras Modul Pendidikan Tahfiz, Madrasah Melalui SPM Atau STAM

BACA JUGA: AWAS Tanah Mendap: Jalan Keluar Dari Forest City Ditutup Sepenuhnya

Bagaimanapun, beliau tidak nampak usaha serius Kerajaan di peringkat pendidikan kebangsaan melalui sekolah-sekolah.

Kata Hj Aminuddin, “Tahap silibus Bahasa Melayu pun sudah lama berbeza-beza antara sekolah kebangsaan dan vernakular. Mungkin PMX boleh mula selaraskan perkara ini dahulu.”

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan, “Apakah polisi Kerajaan ini bertepatan dengan ruh Perlembagaan Persekutuan dan falsafah pendidikan kebangsaan, atau semakin jauh menyimpang?”

Terdahulu, Perdana Menteri menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan pelajar untuk menguasai dan meneruskan pengajian Bahasa Tamil di dalam sekolah menengah kebangsaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: