Tempatan

‘Scam’ Jutaan Ringgit, 2 Warga UK Dipenjarakan 6 Bulan, Netizen ‘Mengamuk’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2023 – Dua warga Britain menerima ‘amukan’ orang ramai apabila hanya dijatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan selepas membuat penipuan pelaburan sebanyak RM200 juta.

Menurut laporan, Hakim Mahkamah Sesyen Rozilah Salleh memutuskan hukuman penjara enam bulan ke atas Andrew Mark Peters dan Darren Anthony McNicholas kerana menipu seorang individu sebanyak RM600,000.

Rozilah juga memerintahkan supaya hukuman tersebut bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 21 Februari 2023.

Dalam pada itu, Peters diperintahkan membayar denda RM180,000 manakala McNicholas dikenakan denda RM140,000. Kedua-duanya juga akan menjalani hukuman penjara selama 22 bulan dan 16 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

BACA JUGA: SPRM Siasat Lima Bank Utama Jadi Transit Wang Haram

BACA JUGA: Pengarah & Pelakon ‘Mentega Terbang’ Terima Ugutan Bunuh, Polis Sedang Siasat

BACA JUGA: Ziarah Rumah Ibadat Bukan Islam Bercanggah Dengan Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 – MAIS

Mengulas lanjut, keputusan berkenaan menerima kecaman netizen apabila mereka berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan tidak setimpal untuk menghalang penjenayah menipu orang ramai yang mengakibatkan kehilangan jutaan ringgit hasil titik peluh mereka.

Netizen turut membandingkan hukuman penjara ringan yang dikenakan terhadap penipu itu dengan hukuman berat yang dijatuhkan ke atas individu yang melakukan jenayah kecil.

Terdahulu, dilaporkan, Mahkamah Majistret Marang telah menjatuhkan hukuman penjara empat hingga 14 bulan kepada seorang ibu selepas didapati bersalah mencuri dua paket Milo di sebuah pasar raya tempatan.

Pada 29 April tahun lalu, seorang bapa tunggal turut dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di Sabah kerana mencuri 18 paket Milo untuk meletakkan makanan di atas meja di rumahnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: