PRU-15

MAKLUMAN: Klinik Pakar HKL Ditutup 2 Hari Sempena PRU-15

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 November 2022 – Klinik-klinik pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan menutup operasi mereka selama dua hari bermula 18 November sehingga 19 November 2022 bersempena cuti umum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Selaras dengan pengumuman YAB. Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berhubung dengan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November 2022 ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15). Dimaklumkan bahawa klinik-klinik pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak beroperasi pada hari kelepasan am tersebut,” kata Unit Komunikasi Korporat HKL dalam satu kenyataan media.

Pesakit yang memerlukan ubat susulan disarankan supaya datang sebelum tarikh berkenaan ke farmasi HKL.

Selain itu, pihak HKL akan menghubungi pesakit yang mempunyai temu janji pada tarikh tersebut untuk penetapan tarikh baru.

Walau bagaimanapun, waktu melawat ke hospital adalah seperti biasa sebagaimana yang ditetapkan sebelum ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Komunikasi Korporat, HKL di talian 03-26156391 atau email: [email protected].

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: