Antarabangsa

Prof Lanat Penghina Nabi Mati Rentung Kemalangan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

STOCKHOLM, 04 Oktober 2021 – Profesor Lars Vilks Lanat yang terkenal di Sweden kerana tergamak melukis karikatur Nabi Muhammad dengan tubuh anjing pada tahun 2007, mati rentung apabila kenderaannya merempuh sebuah lori sebelum terbakar semalam.

Dua orang anggota polis yang menjadi pengawal keselamatannya turut terkorban bersama Profesor Teori Seni Akademi Kebangsaan Bergen itu.

Dr Lanat hidup dalam perlindungan pihak polis bagi memastikan keselamatannya tidak terancam berikutan tindakan beraninya secara terbuka menghina Islam berulang kali.

Kemalangan itu berlaku berhampiran pekan Markaryd di bahagian selatan Sweden di mana kenderaan mereka telah merempuh sebuah lori dari arah berhadapan di lebuhraya.

Kenderaan yang dinaiki oleh Lanat dan lori tersebut marak dijilat api, namun pemandu lori itu sempat diselamatkan dan dibawa ke hospital.

“Orang yang kami mahu lindungi dan dua rakan sekerja kami terkorban dalam tragedi yang tak terbayang dan sangat menyedihkan ini,” luah Carina Persson, Ketua Polis Daerah Skane.

Pada 2010, atas dasar kebebasan bersuara, Dr Lanat pernah melukakan hati para pelajar beragama Islam di Universiti Uppsala, Sweden kerana telah menayangkan filem Allah ho Gaybar, sebuah filem berkenaan hubungan seks sumbang antara sesama jantina lelaki dan Islam dalam kuliahnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: