Tempatan

Penutupan Kelas Kesusteraan Melayu Satu Fenomena ‘Tidak Sihat’ –Presiden BUDIMAN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Mei 2023 – Fenomena penutupan kelas Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) adalah ‘tidak sihat’, menurut Presiden Persatuan Penulisan Budiman Malaysia (BUDIMAN), Prof Dr Abdul Halim Ali.

Beliau berkata, ketika ini, selain di Kedah, Perlis, Terengganu dan Negeri Sembilan, kelas KMK di sekolah-sekolah sekitar Melaka, Perak, Selangor dan Johor juga kebanyakannya semakin berkurangan.

BACA JUGA: Kerajaan Cadang Guna Susu Getah Tempatan Dalam Pembuatan Sarung Tangan

BACA JUGA: Awas! Harimau Bukit Berekeh, Perak, Mula Mengganas

BACA JUGA: PERHATIAN: Penutupan Jalan Sementara Di Sekitar Bandar Penawar Bermula 12 Mei Ini

Antara faktor yang biasanya disebutkan oleh sekolah yang tidak menawarkan subjek itu ialah murid yang kurang minat membaca di samping tiada guru opsyen.

Perkara itu sekali gus menyebabkan kurangnya kefahaman serta maklumat mengenai kepentingan KMK dalam kalangan pentadbir dan juga murid-murid sekolah.

Bukan itu sahaja, wujudnya persepsi salah terhadap KMK yang menyifatkan subjek ini sebagai mata pelajaran tidak bernilai komersial turut menjadi asbab kepada berlakunya fenomena ini.

Lantaran itu, beliau yang juga Pensyarah di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, subjek KMK tidak wajar dilihat semata-mata sebagai subjek elektif.

Sebaliknya, ia perlu dilihat sebagai wadah pembinaan dan pengukuhan jati diri bangsa.

“Bagaimana bangsa Malaysia pada masa hadapan dapat diterapkan nilai-nilai murni budi pekerti yang kaya dalam sastera Melayu jika sekiranya mata pelajaran ini tidak ditawarkan kepada murid-murid?” soalnya.

Jelas beliau, dengan mengajar subjek sastera ia bererti menyambung rangkaian warisan bangsa di mana ia akan disambung ke generasi baharu.

Mengulas lanjut, faktor berhubung kurangnya minat membaca itu boleh ditangani dengan usaha yang digiatkan oleh pihak sekolah serta ibu bapa menerusi pelbagai program.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: