Tempatan

Ahli Parlimen DAP Bakal Serah Memorandum Bebas Tahanan SOSMA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2022 – Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau bersama Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo akan menyerahkan memorandum berhubung rayuan pembebasan tahanan SOSMA kepada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

Ganabatirau yang juga Naib Pengerusi DAP negeri Selangor itu berkata, tidak setuju dengan pandangan Saifuddin minggu lalu bagi meneruskan penggunaan SOSMA.

“Gobind Singh telah keluarkan kenyataan memberikan gambaran yang sebenarnya dan saya setuju sangat dengan pandangan Gobind Singh.”

Ganabatirau berkata demikian selepas menerima memorandum rayuan pembebasan mangsa tahanan Akta SOSMA 2012 daripada keluarga tahanan SOSMA dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Sesi penyerahan memorandum itu turut dihadiri oleh lima lagi Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), P Prabakaran (Batu), RSN Rayer (Jelutong), Chow Yu Hui (Raub), Tan Hong Pin (Bakri) dan Chiew Choon Man (Miri).

Sementara itu, Prabakaran menegaskan, pihaknya akan terus menekan menteri supaya perkara ini diselesaikan dengan segera.

“(Saya) juga meminta prosiding mahkamah berjalan secepat mungkin supaya kita boleh membawa perkara ini (penahanan SOSMA) ke mahkamah.

“Apa-apa pun, mahkamah kena putuskan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: