Antarabangsa

Angkara Hutang, Ekonomi AS Kini Menuju Malapetaka – CEO JPMorgan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK CITY, 29 Januari 2024 – CEO JPMorgan Jamie Dimon telah membuat kenyataan bahawa ekonomi Amerika Syarikat (AS) kini sedang menuju malapetaka berikutan kadar hutang negara yang terus meningkat dengan laju dan situasi ini harus diselesaikan dengan segera oleh pihak pentadbiran sebelum ianya menyebabkan satu lagi krisis ekonomi yang besar.

Kenyataan tersebut telah dibuat sewaktu di dalam sesi wawancara bersama Fox News pada awal minggu lalu.

Pandangan eksekutif tertinggi badan kewangan tersebut adalah selari dengan pendapat mantan Speaker AS Paul Ryan yang telah menyifatkan keadaan hutang negara tersebut sebagai “krisis yang paling boleh dijangka”.

Hutang kerajaan AS telah mencapai $34 trilion, jumlah tertinggi buat pertama kalinya dalam sejarah pada hujung Disember lalu. Ianya kini bersamaan dengan jumlah sekitar $102,000 bagi sebuah keluarga yang berjumlah 3 orang. Pada tahun 2023 sahaja, hutang negara itu telah bertambah lebih dari $4 trilion.

Jumlah hutang negara tersebut secara kasarnya adalah bersamaan dengan gabungan ekonomi China, Jerman, Jepun, India dan United Kingdom (UK), sebagaimana yang telah dinyatakan oleh sebuah kumpulan polisi fiskal AS, Peter G. Peterson Foundation.

Pada awal minggu lalu, Setiausaha Bendahari AS Janet Yellen pula telah membuat sebuah kenyataan bahawa tahap hutang awam AS kelihatan seperti “angka yang menakutkan”. Namun beliau menyatakan juga bahawa ianya masih dapat diuruskan.

Negara tersebut terus menerus membuat pinjaman wang walaupun keadaan kewangan AS telah berada dalam defisit sejak puluhan tahun yang lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: