Antarabangsa

Mantan Presiden AS Saman ‘Kempen Fitnah’ CNN RM1.7 bilion

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 5 OKTOBER 2022 – Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mengambil tindakan menyaman CNN atas isu fitnah dan meminta ganti rugi sebanyak USD475 juta daripada syarikat terbabit.

Saman tersebut yang dibuat pada hari Isnin lalu dengan dakwaan bahawa CNN telah menjalankan “Kempen Fitnah” terhadap beliau.

Pada tuntutan tersebut, Trump mendakwa bahawa CNN telah menggunakan pengaruh mereka yang luas selaku organisasi berita yang terkehadapan dalam mengalahkan Trump di dalam arena politik. Namun CNN telah menolak untuk memberi komentar berkenaan kes ini.

Dalam laporan tuntutan tersebut, Trump mendakwa bahawa CNN telah lama membuat kritikan terhadapnya. Namun ‘serangan’ terhadapnya meningkat beberapa bulan kebelakangan ini berikutan organisasi tersebut bimbang jika Trump berjaya menjadi Presiden sekali lagi pada tahun 2024.

Tuntutan saman tersebut menyenaraikan beberapa contoh seperti CNN pernah menyamakan Trump dengan Hitler, antara lain pada laporan khas yang dihoskan oleh Fareed Zakaria pada tahun 2022 yang turut membuat paparan mengenai diktator Jerman itu.

Ahli politik dari parti Republikan tersebut sebelum ini telah kalah dalam kepada calon Demokrat, Joe Biden pada pilihanraya tahun 2020 tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kemunculannya dalam pilihanraya akan datang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: