Tempatan

Lebih 11,000 Data Peribadi Calon Bocor, UiTM Mohon Maaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 10 Mei 20233 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) memohon maaf selepas tular di laman sosial kebocoran data lebih 11,000 calon yang memohon kemasukan ke universiti berkenaan.

“Kemaskini: Pautan kepada senarai tersebut tidak lagi aktif dan kemaskini telah dilakukan. Pihak UiTM mohon maaf di atas kesilapan yang berlaku. Terima kasih,” kata UiTM dalam satu ciapan di Twitter.

BACA JUGA: Kencing Di Tempat Wuduk Kompleks Imigresen, Lelaki Warga Singapura Ditahan

BACA JUGA: Penutupan Kelas Kesusteraan Melayu Satu Fenomena ‘Tidak Sihat’ –Presiden BUDIMAN

BACA JUGA: Cuaca Ekstrem: Asia Dan Pasifik Tidak Bersedia Alami Perubahan – ESCAP

Sebelum itu, seorang pengguna yang merupakan salah seorang calon terlibat mendedahkan bahawa berlaku kebocoran data peribadi pemohon UiTM di sebuah laman web terbuka.

“Sooo… Uitm just dropped a list of more than 10k NRIC numbers and emails of applicants as a plain unsecured link. It’s their way of letting candidates check their particulars using the browser search function from a gsheet,” kata @imraimy.

Beliau turut menyertakan tangkap layar senarai maklumat yang terdedah itu di laman Twitternya.

Tidak lama kemudian, pihak UiTM membalas ciapan @imraimy dengan menyatakan bahawa mereka mengambil maklum perkara tersebut.

“Salam. Kami ambil maklum perkara ini. Mohon DM kami maklumat yang selanjutnya berkenaan perkara ini. Terima kasih.”

Difahamkan, data yang bocor itu didakwa membabitkan rekod terperinci pelajar dari kampus induk UiTM di Shah Alam dan 13 kampus negeri di seluruh negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: