Antarabangsa

Barat Tahu Ukraine Sebenarnya Tidak Mampu Berperang – WSJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 25 Julai 2023 – Wall Street Journal (WSJ) telah melaporkan bahawa pegawai ketenteraan Barat sebenarnya telah tahu dari awal bahawa Ukraine sedang berada dalam keadaan kekurangan barang keperluan dan kekurangan latihan bagi melancarkan serangan balas terhadap tentera Rusia.

Menerusi laporan yang dikeluarkan pada Sabtu lalu, WSJ turut menyatakan bahawa walaupun mengetahui keadaan tersebut, namun Barat terus membenarkan Kiev untuk melancarkan operasi yang bersifat malapetaka itu.

BACA JUGA: Penonton Konsert The 1975 Perlu Mohon Keampunan Allah – Mufti Pulau Pinang

BACA JUGA: LGBTQ Serang Umat Islam, Mula Doktrin Kanak-Kanak

BACA JUGA: Pengikut Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ Cabar Pihak Berkuasa

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Moscow, tentera Ukraine telah kehilangan sekitar 26,000 orang askar dan lebih dari 3,000 buah peralatan peperangan.

Namun Ukraine sehingga kini hanya mampu memperolehi beberapa dusun dan kampung sahaja serta gagal untuk menembusi pertahanan Rusia yang mempunyai beberapa lapisan.

Menurut WSJ, Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya sebenarnya telah tahu bahawa akibat yang dihadapi Ukraine kini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Menurut WSJ lagi, berdasarkan beberapa dokumen Pentagon yang telah bocor, tentera AS telah mendapati hanya “sebilangan kecil” senjata Ukraine yang mampu menyerang pesawat Rusia.

WSJ selanjutnya menyatakan bahawa dokumen yang sama juga telah memaklumkan bahawa pihak tentera AS sangat yakin bahawa Kiev akan berhadapan dengan “ketidakmampuan untuk menghalang kekuatan udara Rusia”.

Namun pada khalayak umum, para pegawai AS menyatakan maklumat yang berbeza dengan mengatakan bahawa Ukraine akan berjaya dalam peperangan tersebut, sebagaimana kenyataan berbeza yang dibuat oleh Jake Sullivan, penasihat keselamatan kebangsaan White House serta kenyataan yang dibuat oleh veteran perang Iraq yang kini menjadi penasihat tentera Ukraine, Dan Rice.

Para pemimpin Eropah juga bersikap optimis, seperti sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Poland Andrzej Duda yang mengatakan bahawa Ukraine akan berjaya menghalau tentera Rusia daripada semua wilayahnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: