Tempatan

Individu Yang Tidak Melaporkan Kes Penderaan Kanak-Kanak Berdepan Hukuman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KELANTAN, 11 September 2022 – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd Yusof menegaskan bahawa mana-mana individu yang mengambil sikap berpeluk tubuh daripada melaporkan kes penderaan kanak-kanak bakal berdepan hukuman undang-undang.

Menurut beliau, tindakan tersebut adalah selaras dengan pindaan akta kanak-kanak 2001 yang diluluskan pada tahun 2016.

Dalam pada itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) juga memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi merancang dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hasrat KPWKM dapat direalisasikan demi masa depan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Datuk Siti Zailah Mohd Yusof sebelum ini mendedahkan sebanyak 1,348 kes kesalahan seksual yang melibatkan kanak-kanak direkodkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh Januari hingga Jun 2022 tahun ini.

Beliau berkata, kesalahan yang melibatkan pornografi terhadap kanak-kanak merupakan penyumbang kepada berlakunya jenayah seksual terhadap golongan terbabit di negara ini.

1,348 Kes Jenayah Seksual Kanak-kanak Dalam 6 Bulan

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: