Tempatan

UPNP Patahkan Aktiviti Perlombongan Bauksit Haram

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 07 Julai 2023 – Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) berjaya mematahkan aktiviti perlombongan bauksit haram di sekitar kawasan Sungai Ular Kuantan pada kira-kira jam 6.30 petang semalam (06 Julai 2023), menurut Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dalam satu kenyataan.

“Berdasarkan laporan yang saya terima, pada hari kejadian, tiga orang anggota pasukan elit UPNP telah melakukan penugasan rondaan harian bagi aktiviti pemantauan pasir silika di sekitar Sungai Baging dan Sungai Ular sekitar jam 6 petang.”

“Ketika rondaan sekitar jam 6.20 petang, anggota pasukan elit UPNP telah menerbangkan dron dan melihat aktiviti melombong bahan mineral (Bauksit) di sekitar Sungai Ular MCKIP.”

Bertindak daripada itu, pasukan elit UPNP bergegas ke lokasi kejadian dan meminta pemandu lori mengemukakan sebarang dokumen namun gagal.

BACA JUGA: Kerajaan Komited Lindungi Hutan

BACA JUGA: Tragedi Banjir Taman Sri Muda: MBSA & KDEB Gagal Batal Saman Penduduk

BACA JUGA: Perlis Pasang Solar, Kurangkan Pelepasan Karbon

“Anggota elit UPNP kemudiannya telah menahan dan menyita empat buah lori dumper dan dua buah jengkaut di bawah Seksyen 137(1) Enakmen Mineral Negeri 2001 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri 2001 iaitu penalti kerana melombong tanpa lesen atau pajakan yang sah,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Beliau justeru menzahirkan ucapan syabas serta tahniah kepada UPNP atas kejayaan mematahkan aktiviti perlombongan haram tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pahang tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penerokaan tanah secara haram di seluruh negeri itu.

Beliau turut memberi jaminan bahawa usaha-usaha dalam membanteras aktiviti sedemikian akan sentiasa diteruskan pada setiap masa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: