Antarabangsa

Kebakaran Hutan California Marak Dua Kali Ganda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CALIFORNIA, 10 September 2022 – Kebakaran hutan belukar kering di kawasan Fairview Fire, Hemet, California, Amerika Syarikat dilaporkan meningkat dua kali ganda seluas 7,700 hektar dalam masa kurang 24 jam.

“Api marak merebak ke kawasan timur yang curam di mana kebakaran lebih sukar dikawal, ditambah pula tiupan angin kencang dan simpanan bahan bakar,” ujar pasukan bomba, Cal Fire, mengenai kebakaran hutan yang sedang marak di bahagian timur, selatan dan utara itu.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Operator Perkhidmatan Bebas California, “Negeri ini dan sebahagian besar Barat sedang mengalami gelombang haba yang berpanjangan, sekali gus menambah tekanan pada grid susulan penggunaan elektrik yang tinggi.”

Ia turut memberi tekanan yang besar pada grid elektrik California apabila penduduk meningkatkan penggunaan pendingin hawa di rumah masing-masing hampir setiap masa.

Melalui satu lagi ‘Amaran Flex’ yang dikeluarkan semalam, orang ramai diminta menjimatkan kuasa dengan mematikan peralatan eletrik utama antara jam 3 petang hingga 10 malam.

Dalam kebakaran yang bermula Isnin lalu, dua orang mangsa telah dilaporkan maut dan suhu direkodkan meningkat melebihi 43 darjah Celsius di beberapa bahagian California, Nevada dan Arizona.

Menurut maklumat daripada pihak bomba, ekoran keadaan yang semakin membimbangkan di tiga kawasan tersebut, ribuan penduduk telah diarahkan berpindah.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, gelombang haba akan mula hilang dalam beberapa hari lagi namun, California diberi amaran masih belum keluar daripada bahaya berkenaan.

“Haba berbahaya akan terus memberi kesan kepada negeri itu kerana suhu tinggi sekali lagi diramalkan meningkat ketara, terutama di kawasan pedalaman lembah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: