Antarabangsa

Konvoi Bantuan Kemanusiaan Tiba Ke Gaza, Israel Sekat Penghantaran Minyak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAFAH, 24 Oktober 2023 – Agensi PBB mengesahkan bahawa 14 trak yang membawa bantuan tiba di Gaza pada Ahad lalu. Bantuan itu termasuk bekalan air, makanan dan perubatan yang telah melalui proses pemeriksaan oleh rejim Israel sebelum dibawa masuk ke Gaza. Namun rejim Israel tidak membenarkan sebarang bahan api untuk memasuki Gaza.

Keadaan hospital yang penuh dengan pesakit dan kehabisan bekalan perubatan serta bahan api untuk penjana tenaga telah memaksa doktor melakukan jahitan pembedahan dengan menggunakan jarum jahit, menggunakan cuka sebagai pembasmi kuman dan pembedahan tanpa bius.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata sekurang-kurangnya 130 bayi pramatang dalam keadaan berisiko kerana kekurangan bahan api penjana. Dilaporkan juga tujuh hospital di utara Gaza telah terpaksa ditutup kerana kerosakan akibat serangan, kekurangan kuasa dan bekalan.

Kekurangan bekalan kritikal, termasuk alat pernafasan telah memaksa doktor mencatu rawatan. Menurut Dr. Mohammed Qandeel yang bekerja di Hospital Nasser Khan Younis, berpuluh-puluh pesakit yang tiba hanya dirawat di koridor yang sesak dan gelap, kerana hospital mengekalkan bekalan elektrik hanya untuk unit rawatan rapi.

Kekurangan bahan api telah melumpuhkan sistem air dan sanitasi dan ini menyebabkan penduduk Palestin yang berlindung di sekolah yang dikendalikan PBB dan kem-kem khemah kekurangan makanan dan sumber air yang bersih.

Rejim Israel telah berulang kali mengatakan bahawa mereka tidak akan membenarkan sebarang bahan api memasuki kawasan itu, tetapi hanya akan membenarkan bekalan air, makanan dan perubatan di bawa masuk ke Gaza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: