Tempatan

KL & Selangor Bakal Dilanda Ribut Petir Pada Hari Penamaan Calon

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 01 November 2022 – Menjelang Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke–15 Pada 5 November 2022 ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengeluarkan laporan ramalan cuaca pada hari tersebut.

Laporan yang dimuat naik di laman rasmi NADMA Malaysia melaporkan bahawa seluruh ibu negara dijangka dilanda ribut petir di sebelah petang, manakala hujan di sebelah pagi.

Selain itu, Selangor yang juga negeri di Zon Tengah Malaysia diramalkan dilanda ribut petir di beberapa Parlimen.

Antaranya, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Pandan, Bangi, Sungai Besar, Selayong, Ampang dan Hulu Langat.

13 Parlimen lagi di Selangor dijangkakan ‘tiada hujan’ di sebelah petang, namun diramalkan hujan pada sebelah pagi.

Di Wilayah Persekutuan Putrajaya pula, walaupun cuaca diramalkan baik di sebelah petang, namun juga dijangka hujan pada sebelah pagi.

Samudera.my sebelum ini melaporkan pengumuman oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Bin Salleh yang memaklumkan bahawa tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 ditetapkan pada hari Sabtu, 19 November 2022, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 05 November 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: