Tempatan

Individu Hina Islam Haram Disembahyang Dan Dikebumikan – Ustaz Azhar Idrus

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2022 – “Elok letak nama dan mukanya di papan tanda masjid-masjid, kalau dia mati kita tidak boleh dan haram sembahyang serta kebumikan jenazah tersebut,” demikian penjelasan tegas penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkenaan isu penghinaan terhadap agama Islam.

Beliau yang mesra digelar dengan singkatan UAI menjelaskan dalam satu ceramahnya baru-baru ini bahawa fatwa Ahli Sunnah Wal Jamaah menyebut, individu yang menghina agama Islam telah diisytiharkan kafir murtad walaupun mengaku dia adalah Islam.

Ustaz Azhar Idrus juga menegaskan bahawa jika pengebumian individu yang membuat penghinaan diteruskan mengikut hukum yang telah ditetapkan di dalam Islam seperti solat jenazah, maka perbuatan tersebut adalah berdosa kerana individu tersebut atau si mati telah jatuh kafir murtad walaupun masih mengaku beragama Islam.

“Orang Islam yang hina Nabi, hina agama, hina hukum Islam, hina al-Quran, hina hadis itu murtad!” ujar beliau lagi dengan lantang.

Menjelaskan dengan lebih terperinci, Ustaz Azhar Idrus berkata bahawa bukan sahaja orang yang menghina Islam dan nabi-nabi ini murtad, bahkan siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik dan orang munafik di akhirat nanti akan berada di neraka paling bawah.

Baru-baru ini, tular kes penghinaan terhadap agama Islam oleh beberapa individu yang telah menimbulkan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat dan turut mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: