Tempatan

Diskaun 50% Saman Trafik Bermula Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 November 2022 – Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 50 peratus sempena Acara Kebudayaan Negeri Serumpun Melayu Sumatera Barat Padang di pusat beli-belah Lalaport.

Tawaran berkenaan dikatakan bermula jam 9:00 pagi ini  jam 5:00 petang bermula dari hari ini sehingga esok.

Polis Kuala Lumpur dalam laman Facebook memaklumkan pihaknya menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk semua saman trafik kecuali bagi saman-saman yang disenaraikan dibawah;

1. Saman Kemalangan.
2. Saman berstatus Bicara Mahkamah.
3. Saman berstatus Waran Tangkap.
4. Saman berstatus “No Compoun (NC)”.
5. Kesalahan berkaitan ekzos.
6. Kesalahan berkaitan lori.
7. Kesalahan Op Selamat.
8. Saman kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
9. Saman kerana tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu.
10. Saman kerana mengabaikan lampu isyarat lalu lintas.
11. Saman memandu tanpa lesen.
12. Saman Had Laju

Oleh yang demikian, orang ramai diminta hadir bagi merebut peluang dengan hadir ke program berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: