Tempatan

Agong Perkenan Gubal RUU Laksana Hukuman Diyat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAHANG, 10 Februari 2022 – Kerajaan Pahang telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggubal RUU baharu berkaitan hukuman diyat.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad memaklumkan, kajian berkaitan pelaksanaan hukuman diyat sedang dijalankan.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

Menurut Datuk Seri Syed Ibrahim, kajian cadangan pelaksanaan hukuman diyat dalam sistem keadilan di negeri Pahang ini masih di peringkat awal.

Ini kerana ia memerlukan penelitian sebelum dibentang dan digubal di Dun Pahang.

“Tapi benda ini (diyat) belum nak buat lagi, cuma kita sediakan kertas kerja, bengkelkan, nilai, kaji supaya pejabat agama, majlis agama, pejabat mufti dapat melengkapkan satu ketetapan digariskan hukum syarak berkaitan dengan diyat ini.”

Datuk Seri Syed Ibrahim turut memaklumkan bahawa kajian juga perlu dilakukan untuk melihat kesinambungan undang-undang di peringkat persekutuan, sama ada boleh atau tidak untuk diselaraskan.

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsa sebagai ganti rugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya.

Ini bermaksud, kemaafan diberikan kepada pesalah, tetapi dikenakan hukuman dengan cara diyat iaitu pembayaran dengan nilaian tertentu.

Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas atau hudud, iaitu hukuman jenayah dikenakan kepada penjenayah yang disabitkan dalam perbicaraan.

“Contohnya jenayah bunuh. Orang yang membunuh, hukum sebenarnya adalah bunuh, tetapi ada namanya diyat bermakna ia (hukuman) itu ringan sedikit dengan kemaafan diberikan oleh keluarga mangsa.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: