Antarabangsa

18 Pejuang Palestin Ditahan Dalam Penjara Israel Lebih 3 Dekad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 23 April 2023 – Seramai 18 pejuang negara Palestin ditahan dalam penjara rejim haram aparteid Israel selama lebih tiga dekad.

Lapor media Palestin, sehingga kini, tujuh daripada tahanan tersebut telah menghabiskan masa lebih 35 tahun dalam penjara rejim Zionis bahkan mereka dilayan dengan nilai kemanusiaan yang teruk.

Semasa dalam tahanan, para pejuang yang ditangkap telah mengalami penyeksaan fizikal dan psikologi oleh pihak penjara pendudukan.

Mereka juga kehilangan ahli keluarga dan terpaksa merasai perit kehilangan itu dalam sel penjara tanpa sedikit peluang pun untuk mengucapkan selamat tinggal kepada insan tersayang.

BACA JUGA: 3 Juta Kenderaan Dijangka Banjiri Pulau Pinang Raya Ini

BACA JUGA: Sah! Indonesia Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

BACA JUGA: Aidilfitri: Ribut Petir Dijangka Landa Malaysia Dua Hari Berturut-Turut

“Israel telah merampas hak asasi manusia yang paling asas,” memetik laporan.

Tujuh tahanan pejuang pembebasan Palestin yang berada dalam tahanan Israel daripada sekitar tahun 1985 dan 1986 sehingga kini adalah;

Nael Al-Barghouthi, Walid Abu Dagga, Muhammed Abu Tus, Ibrahim Abu Mukh, Ibrahim Bayadsa, Ahmed Abu Jaber dan Samir Abu Nima.

598360545-1.jpg?resize=325%2C524&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: