Antarabangsa

Rejim Haram Aparteid Israel Sembelih 24 Warga Palestin, Termasuk 5 Kanak-Kanak – Laporan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 03 Julai 2023 – Media Palestin telah mengeluarkan kenyataan bahawa siri serangan yang dilakukan oleh tentera rejim haram aparteid Israel pada bulan Jun tahun ini telah membunuh sekurang-kurangnya 24 orang warga Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Palestinian Information Center, 10 nyawa di Jenin, tujuh di Nablus, tiga di Ramallah dan al-Bireh, satu di al-Quds, satu di Tubas, satu di Bethlehem serta satu nyawa di Semenanjung Gaza telah terkorban hanya pada bulan lalu.

BACA JUGA: Keselamatan & Kedaulatan Negara Dikompromi, Tiong Perlu Letak Jawatan – Hj Aminuddin

BACA JUGA: PAS Dakwa DAP Main Isu 3R, Gesa Kerajaan Adil Dalam Tindakan

BACA JUGA: AMARAN: Ribut Petir & Angin Kencang Bakal Badai Beberapa Negeri Sehingga Rabu

Sejak awal tahun ini, jumlah pembunuhan yang dilakukan oleh tentera rejim haram aparteid Israel telah meningkat kepada jumlah keseluruhan 186 nyawa sehingga hari ini.

Laporan yang sama turut menyatakan bahawa 36 orang telah dibunuh pada bulan Januari, 31 orang pada bulan Februari, 27 pada bulan Mac, 21 pada bulan April serta 56 orang pada bulan Mei.

Dalam sebuah laporan berasingan, agensi berita Palestin, Shehab pula melaporkan bahawa tentera Zionis telah melakukan sebanyak 380 penangkapan di mana pada bulan lalu sahaja, 45 orang kanak kanak dan 10 orang wanita telah ditangkap di Tebing Barat, Al-Quds dan Gaza.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Palestine Detainees Studies Centre, bandar al-Quds mencatatkan jumlah tertinggi penangkapan yang terdiri daripada 135 kes dan diikuti oleh Bethlehem iaitu sebanyak lebih dari 90 kes.

Pada Jun lalu, rejim haram aparteid tersebut telah meruntuhkan tiga buah rumah kepunyaan keluarga mereka yang telah dipenjarakan oleh pihak Zionis setelah memasang bahan peledak di rumah-rumah tersebut.

Sejak beberapa bulan lalu, rejim haram aparteid Israel telah meningkatkan kadar serangan terhadap bandar-bandar Palestin terutamanya di Nablus dan Jenin yang telah menyebabkan ramai warga Palestin terkorban serta dipenjarakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: