Tempatan

Banyak Kes Bunuh Diri Remaja, Ibu Bapa Tidak Perasan Anak Alami Kemurungan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NILAI, 10 Oktober 2022 – Kebanyakan kes bunuh diri di kalangan remaja adalah kes yang ibu bapa sendiri tidak sedar bahawa anaknya menghadapi kemurungan sebelum mengambil jalan singkat mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri, kata Pakar Psikiatri, Dr Muna Hamiza.

“Tiba-tiba dah jumpa nota kata minta maaf, saya tak bagus dalam periksa sebab kadang-kadang kita tak nampak perkara tersebutlah.”

Oleh itu, beliau menasihatkan supaya yang paling penting orang sekeliling terutama ibu bapa kena sensitif dan pantas mengambil tindakan sekiranya melihat perubahan pada anak-anak mereka.

Ini kerana seperti semua maklum, masalah mental dalam kalangan kanak-kanak agak mencabar dan mungkin gejala yang ditunjukkan itu akan membuat ibu bapa keliru untuk membezakan apakah kanak-kanak tersebut berkelakuan normal atau sebaliknya.

Justeru, antara perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah cakna terhadap kesihatan mental anak-anak, sama ada kanak-kanak ataupun remaja dengan mendapatkan bantuan awal jika mereka menunjukkan tanda-tanda.

Selain itu, ibu bapa juga perlu mengajar anak-anak menamakan emosi, seperti emosi sedih, marah dan punca anak marah atau sedih supaya mudah untuk mengesan emosi kanak-kanak tersebut, di mana ianya adalah langkah asas bagi mengetahui emosi kanak-kanak tersebut.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa kes bunuh diri di Malaysia meningkat 81 peratus dengan 1,142 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 631 kes pada 2020.

Menurut rekod PDRM juga, sebanyak 467 kes bunuh diri dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Faktor penyumbang tingkah laku bunuh diri ini adalah pelbagai dan kompleks, seperti isu psikososial dan persekitaran, isu kewangan merangkumi kehilangan sumber pendapatan atau pekerjaan, penyakit mental seperti kemurungan, kurang sokongan sosial dan penyalahgunaan substans.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: