Tempatan

Akta 342: PPIM Hantar Notis Liabiliti Petisyen Ahli Parlimen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 06 Januari 2022 – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna-Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan menyatakan PPIM dalam proses menghantar Notis Liabiliti kepada semua Ahli Parlimen.

Tambah Dato’ Nadzim Johan yang mesra dengan panggilan Toqqi kepada kerajaan, “Sesiapa yang menyokong maknanya kita telah serve Liability Notice , dia kena bertanggungjawab”.

Menguatkan lagi kenyataan Toqqi, Setiausaha Anti Mandate Vaccination Immunisation Commity (AMVIC) Raymond Raj memaklumkan langkah tersebut adalah jawapan kepada persoalan apa yang PPIM boleh lakukan.

Amendment to article 342 bukan sekali pandang kasar sahaja, itu adalah tujuan untuk memaksa secara tidak langsung rakyat Malaysia berturut-turut ambil vaksin,” kata Raymond.

Menurut Raymond, Notis Liabiliti sudah tersedia dan akan diserahkan kepada semua Ahli Parlimen bertujuan memberitahu bahawa itu adalah tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat untuk membuat keputusan yang terbaik.

“Kita akan serahkan kepada semua 220 Ahli Parlimen yang ada sekarang bertujuan nak bagitahu pada mereka tanggungjawab mereka ialah untuk membuat pengundian semasa amendment to article 342, bila ianya dibentangkan, buat keputusan yang terbaik ikut suara hati sendiri.”

Ini kerana dalam jangka masa enam bulan, 18 bulan, 20 bulan atau bila-bila masa, kalau terdapat bukti saintifik yang menunjukkan bahawa yang meninggal diakibatkan oleh suntikan yang mereka suntik bukan untuk menyelamatkan mereka, tetapi kerana SOP.

“Adakah wajib atau tidak kerana vaksin itu ialah experimental gene therapy dan bukan vaksin seperti yang kita tahu.”

Justeru, tindakan menghantar Notis Liabiliti kepada ahli parlimen adalah langkah PPIM mengambil tanggungjawab sebagai leadership role.

“Jadi kita mohon sambutan dan sokongan rakyat jelata pada masa yang terdekat untuk tindakan-tindakan yang dimajukan oleh PPIM untuk memohon kerajaan buat yang terbaik,” ujar Raymond.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: