Tempatan

YDP Agong Dijangka Berangkat Sempurnakan Majlis Sambutan Jubli Emas Stadium Darul Makmur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 21 November 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dijangka berkenan menyempurnakan Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Stadium Darul Makmur pada Sabtu ini.

Memetik laporan media Pahang, Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri, YB Fadzli Mohamad Kamal berkata, pelbagai aktiviti dan acara diadakan buat orang ramai sepanjang sambutan bermula iaitu pada Khamis ini.

Ujar beliau, acara penuh diadakan di perkarangan stadium bermula 23 November sebagai pengisian menjelang acara kemuncak pada 25 November nanti.

“Jadi, bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang dan Perbadanan Stadium Darul Makmur, saya mengambil kesempatan ini untuk menjemput seluruh rakyat Pahang untuk bersama-sama pada 25 November ini,” katanya.

Turut diadakan, pelancaran logo baharu Perbadanan Stadium Darul Makmur di samping persembahan oleh lebih 400 pelajar sekolah seluruh Kuantan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: