Antarabangsa

Erdogan Desak ICC Dakwa Netanyahu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 05 Disember 2023 – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah meramalkan bahawa pemimpin Israel Benjamin Netanyahu akhirnya akan menghadapi pertuduhan jenayah perang di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana serangan ketenteraan Israel di Wilayah Gaza.

Lebih 15,800 orang, yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara dan darat tentera Israel yang sedang berlangsung di Gaza selepas Netanyahu berikrar untuk menghapuskan Hamas.

Erdogan turut menambah bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan kepada dunia dengan hanya menggunakan alasan Hamas bagi membunuh semua orang yang tidak bersalah, beliau turut menegur penyokong Israel di Barat kerana buta dan pekak terhadap peristiwa di Gaza.

Erdogan juga berkata bahawa kerjasama antara OIC dan Liga Arab, yang mengadakan perbincangan rasmi bulan lalu mengenai Gaza dan hubungan dengan negara-negara Barat, mesti meneruskan perbincangan sehingga pertempuran di kawasan itu berakhir.

Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa dalam rangka kerja ini mesti menilai secara mutlak, katanya.

Presiden Turki itu juga berkata bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan lima anggota tetapnya – Amerika Syarikat, Rusia, China, Britain, dan Perancis – tidak mewakili seluruh dunia.

Beliau turut mendakwa bahawa usaha ikhlas oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres sedang disabotaj oleh anggota Majlis Keselamatan, sambil menambah bahawa struktur sedemikian tidak mungkin membawa keamanan atau harapan kepada manusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: