Tempatan

Dakwaan Sembelih Ayam Tidak Ikut Syarak, JAIPk Lakukan Siasatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA KANGSAR, 29 Mac 2023 – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melakukan siasatan berhubung dakwaan ayam yang tidak disembelih mengikut syarak di sebuah pasar raya.

Menurut Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim, pihak JAIPk menerusi Bahagian Pengurusan Halal JAIPk akan tetap menyiasat dakwaan tersebut biarpun tiada aduan rasmi diterima dan hanya berdasarkan dakwaan di media sosial.

BACA JUGA: Orang Melayu Hilang Semuanya Selepas Saya Letak Jawatan – Tun M

BACA JUGA: Sisa Makanan Bazar Ramadan Negeri Sembilan Meningkat

BACA JUGA: Kesan Mansuh Hukum Mati Mandatori Sudah Dimaklumkan Kepada Keluarga Mangsa? – Lukman Sheriff

Beliau berkata demikian selepas diminta untuk mengulas dakwaan seorang pengguna Facebook (FB) menggunakan akaun Fathin Elida yang memuat naik di kumpulan FB ‘Warga Kuala Kangsar’ mengenai isu ayam segar yang tidak disembelih mengikut syarak dan terdapat kesan tebukan atau cucukan pada leher ayam tersebut.

Dakwa pengguna itu, sudah beberapa kali permintaan untuk diberikan bahagian kepala tidak dilakukan oleh pekerja di pasaraya tersebut.

“Selalu nya mintak balik2 memang pekerja xkasi kepala walaupun dah mintak banyak kali ni mintak jugak patutlah susah nak kasii..di bulan puasa buat dosa2 besar.”

“Mintak sahabat2 buat report jugak supaya pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera..dan sila komen peniaga peniaga yg benar2 sembelih mengikut syariat Islam dimana kedai anda dan whatsapp sama2 lah kita ketahui dimana tempat yg halal aminn…”

“Allahuakbar semoga kita makan yg halal amin ya rabal alamin,” kata pengguna itu dalam hantaran yang dimuat naik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: