Tempatan

Kedai Serbaneka Diberi Tempoh Dua Minggu, Kosongkan Rak Penjualan Minuman Keras

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NILAI, 04 Oktober 2022 – Kedai serbaneka di kawasan Nilai Perdana diberi tempoh dua minggu untuk mengosongkan rak penjualan minuman keras, kata Pengerusi Surau Al Ikhlas Nilai Perdana, Rosli Derus.

Kata beliau, sekiranya usul untuk menghentikan penjualan minuman keras tidak diambil endah, pihaknya akan melakukan bantahan beramai-ramai dengan mendapatkan tandatangan daripada penduduk setempat.

Hal ini kerana, beliau mengatakan bahawa kertas kerja bagi menghentikan penjualan minuman keras itu telah dihantar kepada pihak kedai sebelum ini, namun masih tiada arahan untuk menghentikan penjualannya.

“Bukan sekadar tutup dengan pelekat hitam, tetapi kita nak zero arak di kawasan ini, tiada kompromi,” ujarnya.

Jelasnya, pihaknya sudah tidak boleh lagi berkompromi dengan penjualan minuman keras itu kerana ia boleh mengundang kesan buruk.

Bantahan itu turut disertai oleh tujuh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Nilai, Persatuan Penduduk Taman Nilai Perdana (PNP), Persatuan Penduduk Taman Nilai Perdana (SERUNI), Pusat Komuniti Anjung Hikmah serta Surau Al-Ikhlas Nilai Perdana, Surau Al Azim Blok J dan Surau Apartment Nilai Perdana.

Sebelum ini, Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seremban, Zakri Zain mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin institusi dalam masyarakat seperti masjid, surau dan persatuan boleh mewakili suara penduduk dalam menyuarakan bantahan terhadap isu penjualan minuman keras.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: