Tempatan

Malaysia Sedia Bantu Indonesia Kurangkan Stok Minyak Sawit

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2022 – Malaysia telah menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi membantu Indonesia mengurangkan stok minyak sawitnya yang tinggi, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

“Sebagai ahli Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), kita perlu membantu antara satu sama lain” ujar beliau sewaktu majlis penutupan Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) pada 28 Julai lalu.

Lapor sebuah akhbar, biarpun larangan eksport minyak sawit oleh Indonesia telah ditarik balik, namun kadar eksportnya tidak kembali ke paras biasa berikutan syarikat diminta untuk memaparkan bukti jualan domestik mereka sebelum permit eksport diperolehi.

Ia sekali gus membawa kepada peningkatan stok dan menjadikan kejatuhan harga.

Sebelum ini, minyak sawit mengalami penurunan harga dengan mendadak selepas Indonesia menarik semula larangan eksport selama tiga minggu diikuti dengan pengecualian levi eksport negara untuk semua produk minyak sawit bermula 15 Julai hingga 31 Ogos 2022.

Indonesia yang merupakan pengeluar minyak sawit terbesar dunia itu membatalkan levi eksport bagi meningkatkan eksport komoditi serta mengurangkan inventori yang tinggi, lapor Samudera.my.

Baru-baru ini juga, China menyatakan minatnya dalam meningkatkan import minyak sawit mentah dari Indonesia sebanyak satu tan metrik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: