Antarabangsa

Saudi Bakal Buka Kedai Alkohol Pertama Selepas 72 Tahun Larangan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 25 Januari 2024 – Arab Saudi bersedia membuka kedai alkohol pertama selepas 72 tahun melarang minuman keras di negara itu.

Menurut media, kedai tersebut bakal dibuka dalam beberapa minggu akan datang di Kuarters Diplomatik Riyadh iaitu sebuah kawasan kejiranan di mana kedutaan dan diplomat tinggal.

Bagaimanapun, alkohol hanya disediakan secara eksklusif dan ‘terhad’ untuk golongan diplomat bukan Islam.

Sumber menyebut, langkah itu merupakan usaha penting kerajaan pimpinan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman untuk membuka peluang pelancongan dan perniagaan bagi membina ekonomi pasca minyak.

Terdahulu, Arab Saudi telah menetapkan undang-undang ketat terhadap sesiapa yang meminum alkohol sehingga pesalah boleh dikenakan hukuman ratusan sebatan, pengusiran, denda atau penjara.

Namun, akibat cengkaman kuasa Putera Mahkota Saudi yang semakin ketat, beberapa kelonggaran kod sosial telah dibuat termasuk membenarkan penganjuran konsert, membuka negara untuk pelancongan bukan keagamaan dan memberi kelonggaran untuk wanita memandu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: