Antarabangsa

Hidang Daging Haram Dilabel ‘Halal’, Pihak Sekolah Akui Terkhilaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YORKSHIRE, ENGLAND, 12 Julai 2023 – Sebuah sekolah rendah Wakefield yang majority muridnya beragama Islam mengakui terkhilaf bahawa pihaknya telah menyediakan makan malam yang tidak halal kepada murid-murid sekolah tersebut biarpun ia dilabel sebagai halal.

Dalam edaran surat kepada ibu bapa pada 04 Julai baru-baru ini, Akademi Rendah Outwood memohon maaf atas kesilapan tersebut dan menyatakan bahawa pihaknya sedang memperbetulkan proses yang sepatutnya supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Lapor sebuah portal antarabangsa yang memperoleh maklumat daripada sumber tempatan, kesilapan tersebut terbongkar susulan siasatan dalaman yang dijalankan pada 29 Jun lalu.

BACA JUGA: “Saya Akan Buktikan DAP Main Isu Perkauman”, Annuar Musa Saman Balas Kit Siang

BACA JUGA: Tular Video Queer Bernikah, Netizen Bidas Penyokong LGBT

BACA JUGA: Lagi Insiden Bakar & Campak Al-Quran, Kali Ini Di Jerman

Siasatan tersebut mendapati, daging yang dibekalkan oleh sekolah tersebut dan dihidangkan kepada kesemua pelajar adalah tidak halal.

Pengetua sekolah tersebut, Martin Fenton berkata, “Namun begitu, saya mendapat perhatian minggu lalu bahawa ada daging yang pernah kami hidangkan sebelum ini adalah tidak halal walaupun terdapat menu yang mengatakan ia halal.”

“Sebaik sahaja kami menyedari perkara ini, kami segera membuat perubahan kepada proses pesanan kami supaya mulai dari itu kami telah membetulkannya dan dapat memastikan bahawa kesemua daging yang kami hidangkan adalah halal.”

“Mulai 1 September, pelbagai proses akan diperkukuh di mana syarikat katering luar akan mengambil alih operasi. Mereka merupakan pakar dalam bidang dan akan memberikan jaminan penuh bahawa hidangan yang dihidangkan memenuhi keperluan penting ini,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: