Antarabangsa

China Lakukan Ujian Saringan COVID-19 Terhadap Ikan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 21 Ogos 2022 – Jabatan kesihatan di China melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap ikan, ketam dan udang yang baru ditangkap sebagai usaha membendung penularan wabak itu.

Kawalan ketat ke atas semua makhluk bernyawa yang memasuki Tanah Besar China itu dilakukan susulan lonjakan kes virus tersebut di wilayah Xiamen yang memaksa lima juta penduduknya menjalani saringan COVID-19 baru-baru ini.

Menurut media tempatan, pihak berkuasa mengeluarkan notis pada bulan lalu mengarahkan para nelayan dan tangkapan mereka menjalani ujian saringan COVID-19.

Pihak berkuasa percaya, hubungan perdagangan antara nelayan di wilayah Fujian dan kapal luar negara adalah punca penyebaran COVID-19 ke China.

Baru-baru ini juga tular rakaman video yang menunjukkan pihak berkuasa berpakaian perlindungan diri (PPE) memasukkan putik kapas ke dalam mulut ikan dan menyapu kulit ketam.

Rakaman video tersebut mengundang banyak kecaman, ada yang mengatakan bahawa dasar sifar-COVID negara itu melampaui batas dan tak kurang juga kritikan daripada pakar yang mengatakan perbuatan itu satu pembaziran sumber.

Namun, kritikan tersebut tidak memberi sebarang kesan kepada pihak berkuasa yang yakin tindakan tersebut relevan demi mematuhi strategi sifar COVID-19 yang menjadi prinsip pemerintah komunis China.

Penyelidik di China mendakwa bahawa virus COVID-19 boleh hidup dalam makanan sejuk beku, pembungkusan dan produk rantaian sejuk sekali gus membolehkan orang ramai jatuh sakit selepas mengendalikan pembungkusan yang tercemar.

Walau bagaimanapun, sejak 2020 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengekalkan bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan jangkitan COVID-19 berpunca daripada atau pembungkusan makanan.

Malah pada Januari 2022, Pusat Kesihatan dan Kebajikan Haiwan di City University of Hong Kong berkata risiko mendapat COVID-19 daripada haiwan boleh dikategorikan sebagai ‘boleh diabaikan.’

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: