Tempatan

Kumpulan Anti PrEP Bakal ‘Jahanamkan’ Wawasan Hapus HIV Malaysia 2030 – NGO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 04 Januari 2023 – Usaha dari golongan anti PrEP untuk menghadkan penggunaan Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) dalam kalangan LGBT bakal memberi kesan kepada usaha Kementerian Kesihatan untuk menghapuskan HIV di Malaysia menjelang 2030.

Menurut sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), Justice for Sisters, sejak pengumuman penggunaan PrEP ini, pelbagai usaha daripada pihak anti PrEP termasuk PAS dan ahli politik yang lain, ahli akademik, pengamal penjagaan kesihatan dan saluran media yang menafikan akses PrEP kepada gay, biseksual, queer serta lelaki lain yang melakukan hubungan seks dengan lelaki atau lebih dekat lagi, kumpulan LGBT.

BACA JUGA: PrEP Menggalakkan Lagi Aktiviti Maksiat LGBT Dan Homoseksual

BACA JUGA: PrEP: KKM Tak Boleh Dalam Dunia Mereka Sahaja Dalam Bab Hukum Islam – Dr Irwan

BACA JUGA: PrEP: Data Mungkin Tunjuk HIV Menurun, Tetapi Aktiviti Berisiko Tinggi Masih Ada

Katanya, hujah yang dikeluarkan oleh kumpulan anti PrEP ini yang mendakwa ketersediaan PrEP akan menormalkan budaya LGBT serta membebankan sistem penjagaan kesihatan sekali gus akan melucutkan hak orang LGBTQ untuk kehidupan, kesihatan, kesaksamaan dan tanpa diskriminasi serta menjejaskan usaha Malaysia dan global untuk menamatkan HIV.

Susulan itu, JFS menggesa pihak KKM serta Kementerian Komunikasi Digital untuk menangani maklumat yang salah berkaitan HIV oleh kumpulan anti PrEP selaras dengan seruan UNAIDS untuk menamatkan HIV melalui “sifar jangkitan HIV baharu, sifar diskriminasi dan sifar kematian berkaitan AIDS”.

JFS turut menyarankan pihak KKM untuk menilai pematuhan program HIV semasa oleh pihak Kerajaan serta maklumat yang disebarkan oleh peguam bela dengan berlandaskan piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

JFS juga menuntut agar kumpulan hak asasi manusia LGBTIQ dan HIV dilibatkan agar diskriminasi terhadap kumpulan minoriti ini dapat dikurangkan.

Baru-baru ini, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Profesor Perubatan USIM yang memetik kepada sebuah kajian dari Australia menyatakan bahawa penggunaan PrEP berpotensi untuk meningkatkan penyakit bawaan seks.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: