Antarabangsa

Ahli Parlimen Kerajaan India Seru Kuil Untuk Murtadkan Umat Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Tejasvi Surya, Ahli Parlimen Bharatiya Janatha Party (BJP) menimbulkan kontroversi dengan seruan beliau untuk memurtadkan umat Islam dan penganut Kristian kepada agama Hindu sebagai ‘persediaan untuk berperang’.

Seruan ini membimbangkan ramai pihak berikutan beberapa hari sebelum ini beberapa sami dan pemimpin kumpulan yang mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan India menyeru supaya pembersihan etnik dilancarkan di India, terutamanya terhadap umat Islam di India.

Tejasvi Surya juga menggesa supaya usaha mencegah penganut Hindu dari menukar agama diberi keutamaan.

Ahli Parlimen Bangalore Selatan itu mengeluarkan kenyataan tersebut dalam ucapannya yang berjudul ‘kebangkitan Hindu’ di Udupi pada hari Sabtu yang lalu.

“Adalah penting untuk kenal siapa musuh kamu supaya dapat bina pertahanan. Hindu awam harus berfikir dan mencari rasional untuk mengenal siapa yang menjadi penghalang antara dia dan kebangkitan Hinduisme. Inilah yang penting bagi kebangkitan bangsa Hindu,” tegas beliau.

Tejasvi Surya juga mendakwa agama Islam dan Kristian adalah sebuah ideologi penjajahan politik dan bukannya hanya agama semata-mata.

“Di India, penganut budaya Sanatana tidak tahu perbezaan asas antara agama mereka dan agama-agama lain. Yang lain menyebarkan akidah mereka dengan menghunus pedang. Agama mereka adalah agama yang berlatar belakangkan politik.”

Ahli Parlimen kerajaan Narendra Modi ini berkata kewujudan ‘masalah’ keturunan yang berasal dari agama Hindu yang sudah menganut agama lain ini perlu diselesaikan.

Mereka mesti “dibawa balik secara keseluruhannya, ke dalam pangkuan Hindu, bawa balik ke agama asal keturunan mereka”, desak beliau.

“Kita sudah pun bina Ram Mandir di negara ini,” beliau merujuk kepada kuil yang dibina kerajaan India di atas tapak Masjid Babri yang dibina pada 493 tahun dahulu yang telah dihancurkan pada tahun 1992 oleh kumpulan pelampau Hindu seramai 150,000 orang yang dikumpulkan oleh BJP dan Vishva Hindu Parishad.

“Artikel 370 Jammu dan Kashmir sudah pun dihapuskan,” kata beliau merujuk kepada Akta Perlembagaan India yang memberi hak keistimewaan kepada rakyat Jammu dan Kashmir yang sudah dihapuskan oleh kerajaan BJP.

“Kita harus murtadkan umat Islam Pakistan kepada Hinduisme. Kita perlu beri keutamaan pada Ghar wapsi (usaha untuk menghindukan kembali penganut agama lain). Pakistan termasuk dalam idea Akhanda Bharath (Greater India).”

“Biara-biara dan kuil-kuil patut mengambil peranan mengetuai perkara ini,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: