Tempatan

US Capitol Bermandi Darah, Gesaan Sabitan Jenayah Terhadap Trump

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 21 DISEMBER 2022 – Ahli jawatankuasa 6 Januari telah menyeret mantan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke jabatan kehakiman atas tuduhan-tuduhan bagi beberapa perkara yang dikatakan sebagai jenayah.

Antara tuduhan yang dikenakan terhadap Trump adalah mencetuskan pemberontakan serta komplot menentang Kerajaan di dalam percubaannya untuk menumbangkan keputusan pilihanraya 2020.

Selain itu, Trump turut dikenakan dengan tuduhan yang berkaitan dengan serangan ganas yang telah berlaku di US Capitol tak lama setelah keputusan pilihanraya 2020 diumumkan.

Permintaan ahli jawatankuasa tersebut telah diluluskan oleh para ahlinya pada Isnin lalu.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) di mana Kongres telah mengesyorkan pertuduhan terhadap mantan presidennya.

Pertuduhan-pertuduhan tersebut dibuat setelah sebuah siasatan selama 18 bulan telah dilakukan oleh ahli panel daripada Dewan Rakyat yang ditugaskan untuk memahami plot yang dilakukan Trump untuk menghalang Joe Biden daripada menjadi presiden.

Ahli jawatankuasa tersebut telah menuduh Trump dengan tuduhan melanggar empat status jenayah persekutuan, termasuklah menghalang prosiding rasmi Kongres, membantu pemberontakan serta berkomplot untuk menipu negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: