Tempatan

Harga Getah Turun Mendadak, Penoreh Getah ‘Sesak Nafas’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 05 September 2022 – Penurunan harga getah dengan mendadak telah menimbulkan keresahan dalam kalangan pekebun kecil getah berikutan jumlah yang diperolehi tidak mencukupi untuk menyara kehidupan harian mereka.

Lapor sebuah portal berita tempatan, Presiden Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, isu mengenai pekebun kecil getah kurang mendapat perhatian pihak berkaitan.

“Pekebun kecil getah mengharapkan harga getah naik melebihi RM3 sekilogram tetapi apa yang berlaku sebaliknya, ia jatuh mendadak.”

“Selepas kembali bekerja ekoran COVID-19 sebelum ini, mereka masih tidak boleh menarik nafas lega kerana harga komoditi itu belum membolehkan masyarakat luar bandar terutama pekebun kecil getah dapat bertahan seterusnya keluar daripada belenggu kemiskinan,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini dan diikuti dengan musim tengkujuh pada November nanti, ia semakin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pekebun kecil itu, katanya.

Dalam pada itu, peningkatan kos sara hidup turut menggusarkan lagi pekebun kecil ini untuk memenuhi keperluan seharian.

Justeru, beliau menyatakan harapan agar pihak Kerajaan dapat membantu untuk menstabilkan harga getah pada bulan September dan Oktober ini sebelum tibanya musim tengkujuh.

Beliau juga menyarankan agar pihak Kerajaan membeli getah sewaktu harganya jatuh dan menjadikannya sebagai stok penimbal.

“Pekebun kecil getah tidak minta Kerajaan tabur duit kepada mereka tetapi melaksanakan kaedah terbaik bagi membantu mereka. Apa diharapkan ada peningkatan dalam harga getah semasa,” ujarnya.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/harga-getah-jatuh-mendadak-200000-pekebun-kecil-resah/

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: