NGO

PERNYATAAN ULAMA ASIA TENGGARA DAN RANTAU ASIA – MENYOKONG PERLAWANAN BALAS HAMAS DAN PEJUANG PALESTINE TERHADAP ISRAEL

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Pernyataan

1. Israel adalah negara haram yang diwujudkan atas perampasan bumi Palestine sejak 1948. Apa sahaja rundingan untuk berdamai dengan Israel tidak ada dalam kamus mereka kerana Israel mahu menguasai setiap inci bumi Palestin.

2. Perlakuan Israel memceroboh bumi Palestin secara zalim dan menindas penduduk Palestin menjustifikasikan warga Palestin menentang dan berjuang mendapatkan semula hak tanah air mereka .

3. Sejak perang 1967 Israel dengan bantuan kuasa Barat terutama UK dan US, menyasarkan untuk menguasai Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa Mubarak yang menjadi matlamat utama Zionist Yahudi dan seluruh rejim Israel. Sebanyak lebih Usd 3 bilion setahun disalur kepada Israel oleh US untuk diguna bagi melaksanakan agenda menindas sebarang penentangan dari warga Palestin.

Pengumuman Presiden US Joe Biden membantu sepenuhnya serangan Israel ke atas Gaza dan Tebing Barat adalah pengisytiharan perang keatas seluruh umat Islam. Setiap senjata Israel membunuh warga dan pejuang Palestin adalah senjata US. Bermakna perang Hamas dengan Israel adalah perang antara umat Islam dan zionis dunia.

4. Projek PengYahudian Baitul Maqdis (Judaization of Al Quds and Masjid Al Aqsa) adalah matlamat kemuncak Israel. Bermakna tidak ada agenda berdamai oleh Israel melainkan hanya untuk memperluaskan penguasaan Yahudi keatas setiap ruang di bumi Palestin.

5. Agenda mengwujudkan Israel Raya bertujuan mengeluarkan seluruh rakyat Palestin dari bumi Palestin untuk menukar status populasi Israel menjadi sifar warga Palestine.

6. Keganasan Israel sebagai negara teroris dunia keatas warga Palestin sejak 1948 dan 1967 menjadikan Palestin sebuah negara paling dizalimi dimuka bumi diabad 21 ini. Serangan Israel keatas Gaza dan Tebing Barat pada 2014 dan 2021 menyaksikan pembunuhan warga Palestin secara massa.

7. Kepungan keatas Gaza sejak 2006 oleh rejim Israel, pemaksaan dasar Apartheid dan menyekat hak asasi warga Palestine, serangan pembunuhan massa berterusan, penangkapan dan pembunuhan secara arbitrari termasuk kanak-kanak remaja dan wanita, perampasan tanah dan menghancurkan rumah kediaman Palestin, menghalang pergerakan, menceroboh dan menghina kesucian Masjid Al Aqsa, semua ini masih terus berlaku dan bertambah intensif oleh zionis Israel.

8. Semua pernyataan kecaman dan kutukan dari masyarakat antarabangsa terhadap kezaliman Israel tidak menghalang Israel meneruskan kezalimannya tanpa peduli terhadap sebarang keputusan dan undang-undang antarabangsa.

Pendirian:

Berdasarkan fakta diatas, kami di kalangan Ulama Asia Tenggara dan seluruh rantau Asia menyatakan sikap kami:

1. Menyokong tindakan pejuang Hamas dan kumpulan pejuang Palestine yang lain menyerang dan menguasai semula wilayah yang dirampas Israel di sempadan Gaza.

2. Menerima pendirian HAMAS bahawa tindakan balas militari dilancarkan adalah akibat dari keganasan Zionis yang tidak boleh dikompromi lagi terutama untuk mempertahankan kesucian Masjid Al Aqsa Mubarak dari diceroboh oleh tentera zionis yahudi.

3. Mengambilkira sejarah Deklarasi Belfour 1917 serta penaklukan militari (military occupation) dan penjajahan pendudukan (settlement colonialism) Yahudi di Palestin pada 1948 yang menjadi punca konflik berpanjangan berlaku di Asia Barat terutama di Palestin maka perlawanan pejuang Palestin terhadap penguasa Israel adalah sah.

4. Kini perjuangan pembebasan Palestin adalah perjuangan yang tidak terbatas kepada warga Arab Palestin sahaja tetapi perjuangan seluruh umat Islam serta komuniti antarabangsa yang cintakan keadilan dan kemanusiaan. Seluruh umat Islam bertanggungjawab membantu memenangkan pejuang Palestin.

5. Menuntut seluruh umat Islam memberi sokongan kepada pejuang pembebasan Palestin dan sentiasa berdoa agar mereka dibantu dan dilindungi sehingga matlamat pembebasan Palestin dan Al Quds tercapai.

6. Menuntut negara Islam tidak berkompromi dengan Israel. Sikap tegas dalam dasar luar terhadap Israel perlu dizahirkan. Rundingan normalisasi dengan Israel hendaklah ditolak dan ditentang habis-habisan.

7. Menuntut pembebasan Palestin sepenuhnya atau Israel akan berterusan berdepan dengan penentangan hingga warga Palestin mendapat semula hak keatas tanah air mereka sendiri dan Masjid Al Aqsa dikembalikan kepada umat Islam adalah perjuangan yang wajib didukung oleh setiap Muslim.

8. Usaha untuk menundukkan negara Islam kepada hubungan normalisasi dengan Israel adalah ditolak sama sekali. Pengiktirafan terhadap Israel adalah perkhianatan terhadap hak dan keadilan untuk Palestin.

9. Tidak ada solusi dua negara kerana apa yang berlaku di medan Palestin ialah penindasan yang berterusan dan semakin zalim terhadap warga Palestin. Tidak ada tanda Israel bersetuju dengan penyelesaian dua negara melainkan hanya mahu meneruskan agenda Israel Raya iaitu menghapuskan Palestin seluruhnya.

10. Menyeru seluruh ahli ilmuwan Islam dan para Ulama sedunia melakukan kempen berterusan mendidik umat Islam menyokong perjuangan pembebasan Palestin dan Masjid Al Aqsa Mubarak.

11. Menyeru setiap mimbar khutbah sebagai platform umat Islam menyampai mesej mengenai kesatuan umat dan tanggungjawab membela kesucian Masjid Al Aqsa.

12. Masjid Mekah, Masjid Madinah dan Masjid Al Aqsa diseru mengadakan Solat Hajat serentak untuk memohon Allah SWT melindungi Baitul Maqdis dan menewaskan dan menghancurkan Zionist Yahudi, aliansi dan pendukungnya.

13. Menyarankan semua kelompok pejuang Palestin mengukuhkan saf dan mengukuhkan kesatuan untuk melancarkan tindak balas secara padu dan berkesan bagi mengalahkan kuasa Zionis dan penyokongnya.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Dato Seri Syekh Ahmad Awang
Pengerusi MANAR

Dato Wira Syekh Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Syed Shekh Al Attas
Setiausaha Sekretariat Palestin Malaysia

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: