Tempatan

Pencemaran Sisa Buangan Industri Dikesan Di Kempas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 21 Jun 2023 – Sebuah parit berhampiran Jalan Belati, Kawasan Perindustrian Maju Jaya, Kempas dipercayai dicemari sisa bahan buangan berbahaya daripada sebuah kilang bersebelahan kawasan berkenaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Ridzuan Malek Rivan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung pencemaran bau di kawasan tersebut pada jam 1.29 petang.

“Seramai 14 anggota anggota dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Kempas dan BBP Larkin dihantar ke tempat kejadian.”

“Pasukan keluaran operasi (PKO) yang tiba di tempat kejadian mengesahkan berlaku pencemaran bau di kawasan parit bersebelahan sebuah kilang.”

BACA JUGA: Tular: Dua Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, Berang Ditegur Rakyat Tempatan

BACA JUGA: Katolik Digesa Nyatakan Pendirian Ke Atas Amalan Perjudian Di Malaysia

BACA JUGA: Menteri Pertahan Kenyataan Pelarian Rohingya Berpeluang Sambung Belajar Di IPTA

Siasatan awal mendapati pencemaran bau itu berpunca daripada takungan air parit tersebut.

Susulan itu, pihaknya menghubungi pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor untuk hadir ke lokasi.

“Pasukan Hazardous Material Unit Team (HAZMAT) JBPM Johor yang diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saifulbahri Safar turut hadir dan membuat tugas-tugas ‘detection’ dan mengambil sampel bersama-sama pegawai JAS Johor.”

“Hasil awal mendapati parit tersebut tercemar dengan bahan-bahan ‘schedule waste’. Bahan-bahan yang didapati hasil dari kerja-kerja ‘detection’ dan ‘sampling’ ialah ‘acrolein’, ‘benzene’, carbon dioxide, ‘methane’ dan ‘ethylene oxide’,” ujar beliau.

Lokasi insiden kemudian diambil alih pihak JAS susulan kerja pengesanan tiada bahan sepadan dengan hasil dijumpai pada peringkat awal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: