Antarabangsa

Awal Muharram: Kiswah Kaabah Ditukar Dengan Bantuan 7 Kren

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 18 Julai 2023 – Kiswah Kaabah akan ditukar dengan bantuan sebanyak tujuh kren menjelang kedatangan Awal Muharram tahun ini.

Presiden Agung Hal Ehwal Dua Masjid Suci mengesahkan perkara itu dan seramai 15 pekerja telah dilatih untuk menukar kiswah kepada standard yang ditetapkan.

Menurut Ketua Pentadbiran Am Penyelenggaraan Kiswah di Masjidil Haram Makkah, Fahd Al-Jabri, sesi latihan menukar Kiswah telah dijalankan bagi membiasakan 15 pekerja dengan pelbagai langkah dan peringkat menukar Kiswah.

BACA JUGA: Mossy Forest Ditutup Sementara Waktu

BACA JUGA: Didakwa Akta Hasutan, Sanusi Mengaku Tidak Bersalah

BACA JUGA: Kerajaan Perlu Semak Sistem Pendidikan Islam Negara

Ujarnya, semua jabatan serta peralatan kepakaran penukaran Kiswah juga sudah tersedia.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung Kompleks Raja Abdulaziz bagi Kiswah Kaabah, Amjad Al-Hazmi berkata, kerja-kerja penutupan Kaabah telah dilaksanakan oleh pekerja kompleks yang berkemahiran tinggi dalam menjahit supaya Kaabah kelihatan ‘hebat’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: