Antarabangsa

Syarikat Yahudi Perkenal Ikan Bio-Cetak 3D Pertama Ke Pasaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 02 Mei 2023 – Sebuah syarikat Israel, Stakeholder Foods telah menemukan kaedah pencetakan 3D bagi menghasilkan ikan “segar” yang sedia untuk dimasak.

Syarikat tersebut telah menghasilkan filet ikan yang dicetak secara 3D daripada sel-sel stem yang mana ianya kemudiannya diproses menerusi teknologi bio pencetakan dan menjadikan ianya berbentuk ikan.

Produk terbabit yang dibuat dengan kerjasama sebuah lagi organisasi, Umani Meats, dibuat agar mempunyai rasa serta tekstur yang serupa dengan ikan alami dan ianya berkemungkinan akan diedarkan di rak-rak pasaraya pada tahun ini.

BACA JUGA: Teknologi AI: 83 Juta Jawatan Bakal Dihapuskan

BACA JUGA: Tular Polis Bantuan Didakwa Buat Lagak Samseng Jalanan Di DUKE

BACA JUGA: Peguam Melayu Pertikai Mengapa Wali Diwajibkan Untuk Pengantin Perempuan

Mihir Pershad, CEO bagi Umami Meats menyatakan bahawa pihak mereka akan mengumumkan perancangan-perancangan mereka untuk membawa produk tersebut ke pasaran dalam beberapa bulan akan datang.

Kenyataan tersebut dibuat sewaktu berlangsungnya sebuah majlis bagi merasa ikan tiruan tersebut di negara haram aparteid Israel pada minggu lalu.

Dalam majlis tersebut, Pershad turut menyatakan bahawa dalam sesi uji rasa pertama, mereka telah mempertontonkan produk tersebut yang bersifat menggelupas, mempunyai rasa seperti ikan serta larut di dalam mulut seperti ikan sebenar.

Para pemegang taruh dalam industri ini juga kini berusaha untuk menghasilkan daging yang dicetak secara 3D termasuklah stik-stik dan makanan laut lain seperti belut. Pada tahun 2020, KFC yang merupakan syarikat gergasi bagi industri makanan segera telah bekerjasama dengan syarikat Rusia bagi menghasilkan nuget ayam tiruan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: