Tempatan

Timbalan Menteri Buta Benarkan Pukul Isteri – SIS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Februari 2022 – Kumpulan Sisters in Islam (SIS) menyifatkan seorang Timbalan Menteri sebagai buta dan tidak menerima realiti wanita.

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim
BACA: Buang Islam Sebagai Agama Rasmi – Sarajun Hoda
BACA: ”Aku Akan Cabar Islam Kamu” – Siti Kasim

Pernyataan ini dikeluarkan dalam satu kenyataan balas berhubung sebuah hantaran video pendek menampilkan nasihat Siti Zailah Mohd Yusoff yang disiarkan pada 14 Februari baru-baru ini.

Video pendek yang berdurasi 2 minit itu menyampaikan sebuah nasihat untuk suami yang ingin mendisiplinkan isteri menggunakan kaedah “menyentuh” mereka secara fizikal dengan cara “lembut tetapi tegas.”

Kumpulan ini yang tidak bersetuju dengan nasihat Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata,

“Video oleh Siti Zailah yang menyebut suami dibenarkan memukul isteri mereka dengan sentuhan fizikal yang lembut lagi tegas adalah “berbahaya dan mengelirukan” kerana tidak ada isilah suami memukul isteri dengan lembut.”

“Keganasan adalah keganasan dan tidak ada justifikasi bagaimana seorang suami harus ‘mendidik’ atau ‘menegur’ isteri,” tegas Sister In Islam.

SIS turut mendakwa bahawa, naratif seorang suami dibenarkan mendidik isteri dengan memukulnya secara lembut boleh dikatakan membuka pintu kepada keganasan lebih-lebih lagi belum ada seorang isteri yang mengadu dia hanya dipukul lembut oleh suaminya.

Menurut kumpulan NGO itu, video yang dihasilkan amat memalukan kementerian dan kerajaan semasa kerana ia menunjukkan menteri itu terperangkap dalam cara lama untuk mentafsir serta memikirkan status wanita dalam hubungan dan mereka tidak boleh dianggap dan dilayan sebagai sama dengan suami.

Sister In Islam memberi kesimpulan mengenai isu ini dengan memaklumkan bahawa, dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini kumpulan wanita menyokong untuk menamatkan keganasan rumah tangga, naratif bahawa seorang suami dibenarkan memukul isterinya dengan lembut tidak lagi diterima atau ditoleransi malah di kebanyakan negara majoriti Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: