Antarabangsa

Islamofobia Di Kanada Meningkat Kepada 71%

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANADA, 07 Ogos 2022 – Jenayah islamofobia terhadap umat Islam di Kanada melonjak kepada 71 peratus pada tahun 2021 menurut data yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan Kanada, Statistics Canada.

Menurut kajian itu, jumlah serangan yang menyasarkan umat Islam meningkat daripada 84 insiden pada tahun 2020 kepada 144 pada tahun 2021.

“Kami kehilangan Muslim Kanada kerana jenayah islamofobia pada tahun 2021. Jumlah itu juga tidak menceritakan keseluruhan cerita dan kami tahu jumlah jenayah islamofobia ini melebihi daripada apa yang ditunjukkan dalam statistik jenayah islamofobia,” kata Majlis Kebangsaan untuk Muslim Kanada (NCCM).

Peningkatan serangan pada 2021 itu serupa dengan pembunuhan empat ahli keluarga Afzaal di London, Ontario.

“Peningkatan itu berlaku pada tahun yang sama sewaktu serangan di London, Ontario yang menyasarkan sebuah keluarga Muslim hingga mengakibatkan empat pembunuhan dan satu percubaan pembunuhan,” menurut laporan Statistik Kanada.

Penyerangnya, Nathaniel Veltman berusia 20 tahun dengan sengaja merempuh Salman Afzaal, 46 tahun, ibunya, 77 tahun, isterinya Madiha, 44 tahun serta anak perempuan mereka bernama Yumna yang berusia 15 tahun menggunakan trak pikapnya semasa keluarga itu sedang ingin melintas jalan.

Pihak polis berkata, serangan itu telah dirancang yang disertai dengan kebencian.

Lapor sebuah portal, dunia melihat Kanada sebagai sebuah negara dengan kepelbagaian budaya, namun warga Kanada telah menyaksikan retorik anti-Muslim berdekad-dekad baik daripada ahli politik mahupun media.

Tahun lalu, NCCM telah menyenaraikan 61 cadangan di dalam laporannya termasuk pembangunan strategi Anti-Islamofobia Persekutuan untuk menjelaskan definisi Islamofobia serta pembiayaan untuk menyokong mangsa jenayah islamofobia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: